Pengikut

Ahad, 30 Januari 2011

MENANTI BELAHAN JIWA

    Kegelisahan, kedukaan dan air mata adalah sebahagian daripada sketsa hidup dan kehidupan kita sekalian hamba di dunia ini. Titisan air mata yang bermuara dari hati dan berselaputkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan hingga mencipta keresahan dan kebimbangan. Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat dalamnya menyebabkan kepedihan yang menyesakkan ruang dada. Jiwa yang rapuh pun mengadu, berkeluh-kesah pada alam serta isinya, bertanya di manakah pasangan jiwa berada. Lalu hati mencipta serpihan kegelisahan, bagai anak kecil yang kehilangan ibunya. 

Keinginan bertemu pasangan jiwa, bukankah itu sebuah fitrah seorang hamba? Semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya hingga tanpa sedar telah menjadi sebahagian hidup yang tidak boleh dipisahkan lagi. Letih... Sungguh letih jiwa raga. Sendiri mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa tanpa tahu adakah belahan jiwa di luar sana? Alahai... kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini sahaja kerana masih ada akhirat yang kekal abadi. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tak hanya dibatasi oleh dunia fana ini sahaja. Seseorang yang belum menemui pasangan jiwanya, Insyaallah akan dipertemukan suatu hari nanti.
Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai mengubah pandangan kepada Pemilik Cinta. Berserahlah kepada Maha Pemurah. Kembalikan segala urusan hanya kepadanya, kerana Dia Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya dicurahkan kepada Pemilik Hati. Tak usah membandingkan diri dengan orang lain kerana Dia pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meskipun adakalanya kita sekalian hamba tidak menyedarinya.

Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana tak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa. Menangislah kerana air mata permohonan kepada-Nya di setiap sujud dan keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini penuh dengan harapan yang baik kepada Pemilik Jiwa. Bersiap menghadapi putaran waktu hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada Maha Pencipta. Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tidak akan lari ke mana kerana sejak roh telah menyatu dengan jasad, siapa belahan jiwamu telah tersurat.
Sabarlah, bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dan malam senantiasa indah dengan sinar lembut rembulan dipagar bintang. Senyum dan hapuskanlah air matamu serta hilangkanlah lara di jiwa. Terimalah semua sebagai sebahagian kembara kehidupan yang akan menemui rahsia di sebalik titian kehidupan yang kau jalani. Hingga, kelak kau akan rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat bersendirian.

Read more...

Rabu, 26 Januari 2011

alkisah ((^_^))

assalammualaikum sumeee....
lama dh x update ape2 kt blog niee..mklmla nk bukak blogger pun ssh 2 mggu nie..huhuhu,nsb baik sudah pulih spt sediakala..harap2 berterusan la...hmmmm..2 minggu nie comel duk on9 kt bilik kwn comel tp mlm nie dh on9 kt bilik sndiri dah..hihihihi...mlm nie leh la tdo lewat ckit,..dlu msa duk on9 bilik kwn blik awl la sbb kwn tdo awl,xkan nk gnggu..2 minggu nie comel dh sibuk dgn kuliah..penat bkan main lgi,tugas sbg student nie bknnye senang..kne pandai bahagi masa..lau x,susah la ye..brlambak dh assignmnt menunggu nk di buat tp satu pun blum sentuh lgi nie..huhuhuhu,..sebenrnyee comel  rindu kt blog comel nie..wpun x scntik,x secute blog org lain..hihihihi....nk ckp asal ape lgi ekk..?comel rse cukupla untuk kli nie yea..tata sume =)

Read more...

Isnin, 10 Januari 2011

FENOMENA AJL KE 25

ASSALAMMUALAIKUM,..

MLM TD TELAH TERCIPTA SEJARAH DLM INDUSTRI MUZIK TANAH AIR APABILA PENYANYI ANA RAFFALI TELAH MEMENANGI TEMPAT PERTAMA AJL KALI YG KE 25 DGN LAGU TOLONG INGATKAN AKU,KEDUA IALAH MUH DGN BLACK DGN LAGUNYA DRAMA KING DAN TEMPAT KETIGA IALAH HAFIZ AF YG TURUT MERANGKUL VOKAL TERBAIK PADA MALAM TD..LAST SKALI IALAH SUPERMAN MALAYSIA KITA,SIAPA TAK KENAL FAIZAL TAHIR YG HANYA MEMENANGI PERSEMBAHAN TERBAIK MELALUI LAGUNYA HANYUT..

(apamacam ada mcm berita tak??hehehehe)...aku mmg x sangka ana raffali boleh menang malam tdi...nk buat mcm mne rezeki menyebelahi dia..target aku mlm td sume xmengene..aku ingtkan Faizal Tahir yg dpt juara sbb persembahan dia utk kedua2 lagunya iaitu SELAMAT MALAM dan HANYUT tersangat la best...tp xpela Faizal Tahir pun x pulang dgn tgn kosong..dye dpt persembahan terbaik dalam lagu HANYUT...mesti yg tgok TV3 mlm td tau mcm mne persembahan FT..persembahan artis2 lain pun x kurang hebatnya kan???sumer nye best...tahniah buat yg menang,dan kepada yg kurang bernasib baik..try la lgi tahun hadapan..k.la,setakat nie je entri kli nie..TATA =)
Read more...

Rabu, 5 Januari 2011

tiada tajuk ( nk tau isi kndungan sila baca)...hehehehe =p

ASSALAMMUALAIKUM...ana tak tau nk letak tajuk entri apa kli nie...hu3...yg pasti kli nie ana nk tulis psl pengambilan pelajar baru semester dpn diambil selepas hari raya aidilfitri pada bulan 9..lau dikira2 mknanya cuti untuk sem depan lama  la jwbnyee....nk tau sbb ape kementerian pelajaran letak mcm tue??sbb nk tarik pelajar asing untuk blajar kt U yg ada kt malaysia nie...ana xtau la nk kate ape..yg ana tau bdk2 asing kt U ana ramai yg berkulit gelap..bkn x suka diorg,yela org kate tak kenal maka tak cinta ( dijauhkan ) tp entah...takut tgok diorg nie..xde ke mat salleh mata biru blaja kt U ana nie ha?xpenah jumpe pun diorg..asyik2 yg kulit gelap tue la...bkn nk marah..hehehe...korg tahu tak ape faedahnye diorg buat mcm nie?pendapat korang sumer mcm mne?OK ke KO????

Read more...

Isnin, 3 Januari 2011

mEngapa wAnita memErlukan lElaki

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.
Read more...

Sabtu, 1 Januari 2011

HAPPY NEW YEAR N WELCOME BACK

ASSALAMMUALAIKUM SUMENYE...apa kabar?chat ke tak?ana disini alhamdulillah chat sokmo...ha,skrg nie ana dh dpt on9 sbb de kat umah abg dh..hihihi...xterlambat lau ana nk wish hepi new year to all my lovely friends..(wow byk kwn,hehehe),...azam baru thun nie
        
         1.1st skali nk tumpukan lebih byk perhatian dalam pelajaran 
         2.slalu ulang kji pelajaran jgn tggu saat akhir...
         3.nk jd pelajar cemerlang 
         4.jimat duit (uhuhuhuhu)
         5.nk buat bisnes dgn adik..


ha,kwn2..ada azam baru x?jom kongsi sama2...jgn lupe tggalkan komen kwn2 sume ^^
Read more...