Pengikut

Jumaat, 29 Oktober 2010

A DELAY IN YOUR PRAYER

There were only 15 minutes left before Salat-ul Isha.

He quickly made Wudhu and performed Salat-ul Maghrib.

While making Tasbih, he again remembered his grandmother and was embarrassed by how he had prayed.His grandmother prayed with such tranquillity and peace.

He began making Dua and went down to make Sajdah and stayed like that for a while.

He had been at work all day and was tired, so tired.

He awoke abruptly to the sound of noise and shouting.

He was sweating profusely.

He looked around.

It was very crowded.

Every direction he looked in was filled with people.

Some stood frozen looking around, some were running left and right and some were on their knees with their heads in their hands just waiting.

Pure fear and apprehension filled him as he realized where he was.

His heart was about to burst.

It was the Day of Judgment.

When he was alive, he had heard many things about the questioning on theDay of Judgment, but that seemed so long ago.

Could this be something his mind made up?

No, the wait and the fear were so great that he could not have imaginedthis.

The interrogation was still going on.

He began moving frantically from people to people to ask if his name hadbeen called.

No one could answer him.

All of a sudden his name was called and the crowd split into two and madea passageway for him.

Two angels grabbed his arms and led him forward.

He walked with unknowing eyes through the crowd.

The angels brought him to the centre and left him there.

His head was bent down and his whole life was passing in front of hiseyes like a movie.

He opened his eyes but saw only another world.

The people were all helping others.

He saw his father running from one lecture to the other, spending hiswealth in the way of Islam.

His mother invited guests to their house and one table was being setwhile the other was being cleared.

He pleaded his case, I too was always on this path.

I helped others. spread the word of Allah.

I performed my Salah. I fasted in the month of Ramadhan.

Whatever Allah ordered us to do, I did.

Whatever he ordered us not to do, I did not.’

He began to cry and think about how much he loved Allah.

He knew that whatever he had done in life would be less than what Allahdeserved and his only protector was Allah He was sweating like neverbefore and was shaking all over.

His eyes were fixed on the scale, waiting for the final decision.

At last, the decision was made.

The two angels with sheets of paper in their hands, turned to the crowd.

His legs felt like they were going to collapse.

He closed his eyes as they beganTo read the names of those people who were to enter Jahannam.

His name was read first.

He fell on his knees and yelled that this couldn’t be,‘How could I go to Jahannam?

I served others all my life, I spread the word of Allah to others’.

His eyes had become blurry and he was shaking with sweat.

The two angels took him by the arms.

As his feet dragged, they went through the crowd and advanced toward theblazing flames of Jahannam.

He was yelling and wondered if there was any person who was going to help him.

He was yelling of all the good deeds he had done, how he had helped his father, his fasts, prayers, the Noble Qur’an that he read, he was asking if none of them would help him.

The Jahannam angels continued to drag him.

They had gotten closer to the Hellfire. He looked back and these were his last pleas.

Had not Rasulullah [SAW] said,‘How clean would a person be who bathes in a river five times a day, so too does the Salah performed five times cleanse someone of their sins’?He began yelling, ‘My prayers? My prayers? My prayers.?’

The two angels did not stop, and they came to the edge of the abyss of Jahannam.

The flames of the fire were burning his face. He looked back one last time, but his eyes were dry of hope and he had nothing left in him.

One of the angels pushed him in. He found himself in the air and falling towards the flames. He had just fallen five or six feet when a hand grabbed him by the arm and pulled him back.

He lifted his head and saw an old man with a long white beard.

He wiped some dust off himself and asked him, ‘Who are you?’

The old man replied, ‘I am your prayers’.

‘Why are you so late! I was almost in the Fire! You rescued me at the last minute before I fell in’.

The old man smiled and shook his head,

‘You always performed me at the last minute, did you forget?’ (And what of those who perform no prayers at all?)

At that instant, he blinked and lifted his head from Sajdah. He was in a sweat.

He listened to the voices coming from outside. He heard the Adhan for Salat-ul Isha.

He got up quickly and went to perform Wudhu.

Pass this on to your friends and family. Maybe, you can help someone open their eyes Insha Allah.

Jazaakallah for reading this.

May Allah guide us all ameen
Read more...

Isnin, 25 Oktober 2010

From my Heart

terkadang org silap menilai siapa diri  kita,biarpun diam x bermakna kita sombong.,biarpun diam bknnye mksd kite marah...aku penah dgr ttg pepatah yang mengatakan berdiam itu lebih baik daripada bercakap...aku skong statement nie...sbb aku nie kadang2 suke bckp tp ada stu hari tue aku diam je..bknnye ape nanti lau byk sgt cakap mane tau kite tersalah cakap smpai org tue kcik hati kt kte...kadang2 byk ckp nie jgk bhaya..jmpe org nie nk ckp,jmpe kwn yg sorg lgi kt sana tue nk ckp..hmmmm,ble la nk stop bckap,..xletih ke mulut tue??hehehe...nie antara hadis Rasullulah mengenai kelebihan bila kita diam..

* “Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.  ( RW ABU NAIM )
* “Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. ( RW BUKHARI & MUSLIM )
* “Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. ( RW AT-TARMIZI )

bnyk kan kelebihan sekiranya kita berdiam??sesungguhnye diam tue adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkara atau hal yg sia2 ataupun tidak berfaedah..nie antara HIKMAH DIAM...

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
 
Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia. Untuk renungan bersama…
SEKIAN...WASALAM



Read more...

Isnin, 18 Oktober 2010

(:.why men marry late.:) " mEngapa lElaki kAhwiN LamBat "

Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya mengapa? Saya ingin berikan suatu contoh.
Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai.

Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank.
Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200.

Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500.

Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.

Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian.
Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi.
Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin.
Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.

Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'.
Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.

Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan.

Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank.

Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000.

Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000.Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Hal ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan.
Bonus pula tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik pada tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.

Bertunang
Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia gembira dan bersetuju.
Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500.
Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun. Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000.

"Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun ni!" Anda bersorak girang.
Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk berbincang dengan tunang.

Anda : "Berape eh hantaran kahwin kita?"
Tunang : "Berapa-berapa yang you sanggup."
Anda : "RM 5000, okay?"
Tunang : "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!"
Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri anda.
"Mana aku nak dapat duit lebih?"

Kerja Lebih Kuat
Oleh kerana anda terlalu sayangkan dia, anda bekerja dengan lebih kuat sehingga dianugerahkan pekerja cemerlang. Malah, anda menambahkan pendapatan melalui perniagaan jualan langsung secara kecil-kecilan.
Akhirnya dapat la anda simpan RM20,000 pada tahun tersebut.

Suatu pencapaian yang amat membanggakan!Sekarang umur anda sudah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tetapi, mak pula cakap pesan :

"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang. Set!"

Pengiraan pantas dijalankan :
1000 orang x RM 10 = RM10,000.
Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.
"Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!" Getus hati anda.

Anda 'slow talk' dengan mak anda :
"Mak, nak buat apa membazir duit ni?"
"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul."
"Tapi mak..?"
"Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri kecik-kecik?"

Akhirnya..
Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin juga. Fuh! Seronok dan bersyukur habis.
Tetapi, apakan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang dan kadar 'interest' makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar.

Isteri kesayangan dah letih kalau anda asyik nak minta duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan macam-macam lagi.

Akhirnya? Bercerai..
Masalah yang membuahkan masalah. Kadang-kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal di negara kita.
Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kahwin lambat atau susah nak kahwin.

Punca masalah:
Pada pandangan saya, budaya kita yang tak kena tempat. Banyak perkara dalam budaya kita yang tidak masuk akal dan kadangkala meyusahkan diri sendiri.
Budaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alasan mereka tidak mampu walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu.

Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan:

01.Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana.Motif kahwin kan nak menjamu saudara-mara dan rakan-rakan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu diambil kira.
Tak perlu nak membazir duit untuk perkara lain seperti pelamin.
Biasanya, pelamin yang biasa sahaja pun dah berharga RM 1500. Itu baru pelamin. Belum lagi hiasan ini dan hiasan itu.

02."Harga" seseorang wanita diukur dari tahap pendidikan beliau dan bukan diukur dari pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam.
Apabila wang hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan. Sedangkan akad nikah itu lebih penting dari wang hantaran.

03.Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini ia telah menjadi beban.
Zaman kini, perkahwinan sangat rumit dan rata-ratanya takut untuk berkahwin.
Semasa saya di Sydney, saya lihat beberapa rakan muslim kita yang berkahwin hanya di masjid.
Kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid.
Para jemputan terdiri dari jemmah masjid, kawan-kawan dan saudara terdekat.
Perkara yang perlu difokuskan adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya majlis perkahwinan.
Majlis itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan.
Namun hakikatnya kini seolah-olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan tidak menarik?
Read more...

Selasa, 12 Oktober 2010

TIPS UNTUK TEMUDUGA

Temuduga adalah asas pemilihan pekerja. Anda menghantar borang permohonan, dipanggil untuk sesi temuduga dan sekarang terpulang kepada anda untuk memberikan keyakinan kepada bakal majikan anda.
Jika anda berjaya melepasi temuduga tersebut, bermakna anda akan berjaya melepasi temuduga kedua dan seterusnya sehingga anda diterima bekerja.Berjaya beroleh panggilan temuduga bererti anda berada di pertengahan jalan dalam usaha mendapatkan kerjaya idaman.Para penemuduga sebenarnya mengharapkan kejayaan anda kerana mereka benar-benar berharap anda akan mengisi kekosongan di syarikat mereka.
Temuduga bukan suatu penyiasatan seperti polis menyoal pesalah. Berkelakuan seperti orang dewasa, bukan mangsa.Penemuduga sendiri bukanlah orang yang sempurna. Jika anda melakukan kesilapan, lupakan hal itu dan teruskan langkah.Untuk berjaya dalam sesi temuduga, anda harus memahami emosi dan keadaan semulajadi. Bagaimana anda mengatasinya sama penting dengan apa yang anda katakan.




  1. Persediaan Mental 

    *Persediaan adalah kunci kejayaan.
    *Pastikan anda tahu apa yang akan ditawarkan kepada majikan.
    *Pastikan anda tahu apa yang dikehendaki bakal majikan.
    *Dapatkan maklumat mengenai syarikat tersebut.
    *Kenalpasti soalan yang bakal ditanya dalam sesi temuduga.
    *Siapkan diri sendiri, berfikiran positif, bersemangat, semulajadi dan jujur.

    Umumnya dalam sesi temuduga, pemohon akan ditanya soalan yang hampir serupa dan ia akan dinilai berdasarkan kriteria pekerjaan yang dipohon.Jadi berusahalah untuk memenuhi kriteria yang dikehendaki dan bersedia menjangkakan soalan yang bakal dikemukakan.Jika anda berhadapan dengan panel penemuduga yang terdiri daripada dua atau lebih penemuduga, jangan panik.
    Bersikap tenang dan ini akan memudahkan panel penemuduga berkomunikasi dengan anda.
    Jika anda memohon suatu pekerjaan yang bersifat teknikal, anda akan berhadapan dengan soalan-soalan yang juga bersifat sedemikian.Umpamanya, anda diberikan permasalahan mengenai perkomputeran dan diminta memberikan analisis dan menyelesaikannya.  Jadi, pastikan anda mengingati apa yang telah anda pelajari sebelum itu.
    Jika temuduga dibuat melalui telefon, kedua-dua belah tentu tidak dapat melihat satu sama lain.
    Suara boleh mempengaruhi banyak perkara, oleh itu amat penting anda `didengari' sebagai seorang yang bersemangat dan berkebolehan.
      
    2.Perkara yang harus diambil berat dalam temuduga:

    1. `First impression' amat penting kepada penemuduga. Berikan senyuman, lihat ke arah mata mereka dan salami mereka dengan yakin.
    2. Bantu penemuduga dengan `memandu' mereka melalui `kekuatan' anda.
    3. Jika anda ditanyakan soalan yang sukar, jangan terburu-buru menjawab. Berfikir terlebih dahulu.
    4. Tidak dapat dinafikan semua orang gementar sebelum dan ketika menghadapi temuduga. Ubat mujarab mengatasinya ialah dengan melakukan persediaan.
    5. Penghujung sesi temuduga juga amat penting. Ambil peluang bertanya soalan yang sesuai atau bertanyakan sesuatu yang berkaitan.
    6. Memang tidak mudah untuk menduga apa yang bakal berlaku semasa sesuatu sesi temuduga, oleh itu lakukannya dengan penuh keyakinan.

    3.Langkah perlu sebelum menghadiri temuduga

    LAKUKAN sedikit kajian mengenai sesuatu syarikat sebelum menghadiri temuduga. Usaha anda akan dapat memberikan gambaran bahawa anda benar-benar berminat mengenai kerjaya atau syarikat tersebut.

    Anda perlu mengetahui potensi syarikat yang bakal anda duduki itu supaya ia mempengaruhi diri anda apabila berada di dalamnya.
    Anda perlu mengambil tahu jumlah pekerja dan sejarah terdahulu syarikat tersebut supaya anda tidak kelam-kabut mempelajari banyak perkara baru apabila berada di dalamnya.
    Pengetahuan anda mengenai syarikat tersebut akan menjadikan majikan kagum dengan keprihatinan dan kesediaan anda.
    Selain mengetahui profile syarikat melalui berita semasa, anda boleh juga merisik melalui laman web syarikat terbabit.
    Daripada laman web tersebut, anda boleh mendapat banyak maklumat berkaitan.
    Anda boleh mendapat gambaran umum mengenai gaya dan penekanan syarikat, cara pemasaran mereka, cara mereka melatih pekerja, juga misi syarikat.
    Mulakan usaha anda melalui enjin pencari seperti Yahoo!, Excite, Altavista, Lycos and Virgin.net, www.hoovers.co.uk dan lain-lain.
    Bagaimanapun, jika laman-laman web ini gagal membantu, dapatkan maklumat daripada pusat kaunseling universiti anda yang pasti menyimpan banyak maklumat mengenai syarikat yang bersesuaian dengan minat anda.

    4.Kurang pengalaman ketika temuduga

    KURANG berpengalaman, keputusan peperiksaan yang tidak meyakinkan atau `miskin' aktiviti kokurikulum yang menjadi asas ketika memohon sesuatu pekerjaan?
    Jangan takut, masih ada cara untuk mengatasi kebimbangan tersebut.

    i. Pengalaman Kerja
    Apa saja pengalaman kerja akan memberikan anda `kemahiran boleh ubah' - anda hanya perlu memberikan tanggapan positif terhadapnya.
    Tumpukan kepada pengalaman yang ada dan apa yang anda perolehi daripada pengalaman tersebut.
    Umpamanya, jika anda sebagai pentadbir di sebuah syarikat kecil, beri tumpuan kepada pengalaman yang anda raih dalam menguruskan kewangan, kemahiran interpersonal, berurusan dengan pelbagai kerenah pelanggan dan bekerja lebih masa, sebagai pengalaman yang anda dapat.
    ii. Pencapaian Akademik
    Rangka jawapan yang munasabah, jika anda menduga bakal ditimbulkan persoalan mengenai tahap akademik anda.
    Jika memang ada alasan yang benar seperti faktor kesihatan atau krisis keluarga sehingga menyebabkan pencapaian anda terjejas, akuilah hakikat itu.
    Jika tidak, jangan nafikan mengenai kegagalan yang tidak dapat dikutip semula itu, tetapi pada masa sama, nyatakan pencapaian atau pengalaman terkini.
    Majikan biasanya tidak begitu mementingkan pencapaian akademik jika anda dapat membuktikan kemampuan dalam cara yang lain.

    iii. Aktiviti Kokurikulum
    Bagaimana anda menghabiskan masa? Jika anda aktif berpersatuan untuk menghabiskan masa lapang di universiti, hal ini boleh dipertimbangkan dalam keategori pengalaman.
    Majikan biasanya akan melihat keseimbangan pendedahan sosial dan kemahiran berkomunikasi anda - jadi berikan penumpuan dalam hal ini.
    Kursus jangka pendek bagi membaiki kemahiran tertentu seperti komputer atau bahasa akan memberikan gambaran positif pada karakter anda.
    Bagaimanapun jika sekadar menghabiskan masa dengan berpoya-poya bersama rakan, anda hanya perlu `berlebih-lebihan' sedikit ketika memberikan gambaran.
    Umpamanya jika anda pernah mengendalikan suatu percutian bersama rakan, maka berikan gambaran positif mengenai kemahiran sesuai seperti kemahiran kerja berkumpulan, motivasi, perancangan dan pengurusan masa.


    5.Rancang perjalanan sebelum temuduga

    JIKA anda tidak pasti tempat temuduga tersebut, cari tempat tersebut terlebih dulu. Pastikan kedudukan pejabat tersebut. Jangan hanya bergantung kepada alamat yang diberi.

    Jika tempat berkenaan berada di luar kawasan anda, rancang perjalanan berhati-hati.
    Tempah tiket bas, keretapi atau kapal terbang lebih awal.
    Jika tiada kenderaan awam tersebut, sewa teksi dan pastikan pemandunya mengetahui tempat yang ingin anda tuju.
    Jika temuduga anda berlangsung di kawasan bandar, ambil tahu mengenai kadar kesesakan lalulintasnya juga.
    Pastikan anda sampai 15 minit lebih awal, pastikan berita semasa jika ada kesesakan lalu lintas, banjir, kemalangan atau apa-apa kelewatan yang boleh menjejaskan kehadiran anda di tempat temuduga.



     


Read more...

Isnin, 11 Oktober 2010

4 SYARAT HIDUPKAN HATI DENGAN AL QURAN

Hati yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang.Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri.Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan.

Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan.Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.
Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak.

Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud:

"Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar)." - Surah al-Isra’, ayat 9

Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud:

"Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?" - Surah Taha, ayat 1-4

Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:
Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).

Allah berfirman bermaksud:
"Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat." - Surah al-Isra’, ayat 78

Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:

"Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?" - Surah Muhammad, ayat 24

Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.

Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.

Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.

Keempat, merealisasikan kehambaan ('ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.
Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud:

"Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam."Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua."Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan." (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)

Read more...