Pengikut

Sabtu, 26 Februari 2011

THE FACEBLOG

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Edit

Read more...

Jumaat, 25 Februari 2011

SESUCI HATINYA...


Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat ".

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum
melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku".

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu

Beberapa bulan kemudian

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen
keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu" kata jejaka itu. Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu".
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?


Read more...

Selasa, 15 Februari 2011

9 akal 1 nafsu atau 9 nafsu 1 akal

kenapa lelaki mepunyai 9 Akal dan 1 Nafsu?? DAN kenapa wanita mempunyai 9 Nafsu dan 1 Akal....

dalam hal ni kaum adam dan kaum hawa x puas hati...ada kaum adam kata"bnyk juga akal kaum adam..tp nafsu sikit..."ada pula kaum hawa kata"ish..jahat sagt ke aku ni sampai bnyk nafsu...tp akal aku sikit je.."

Sebenarnya dalam konteks ni yg dimaksudkan lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu adalah mreka ada 9 fikiran dan 1 emosi...manakala wanita pula yg dikasudkan dgn 9 nafsu 1 akal ialah 9 emosi dan 1 fikiran...

cuba kalian fikir??

1) knp kaum wanita diberi satu keistimewaan iaitu beranak??knp??knp lelaki tidak??
kerana wanita ada 9 emosi...wanita ni seorg yg penyayang...dia sanggup membiarkan seorang makhluk tinggal didalam perutnya....dia sanggup bertahan selam 9 bulan 10 hri untuk biarkan seorg manusia tinggal didalm perut kita...itu disebabkan wanita mempunyai bnyk emosi...

cuba bg kaum lelaki yg mengandung???apa yg akan jd??
x pun suruhlah mereka ikat satu kampit beras seberat 10kg...apa reaksi mrk??
mereka x kan sabar untuk menghadapi beban yg bgtu berat...sebb mrk rasa itu seperti beban..susah untuk melakukan kerja...
tp wanita tidak..dia sabar..malah dia kasih lg manusia yg ada dalam kandungannya...itulah keistimewaan wanita...


2)knp kaum adam dibg amanah untuk menguruskan talak???knp tidak wanita??
krn lelaki mempunyai 9 fikiran...mrk boleh menguruskannya dgn berfikir...bkn dgn emosi..bygkanlah sekiranya kuasa talak di bwh kuasa isteri sudah tentu mrk akan mengurusnya dgn emosi..bkn dgn fikiran..

sekiranya talak di tgn kaum isteri..pasti banyak kaum adam tlh dudakan...(maaf sekiranya kasar)
itulah amanah kaum adam dan itulah keistimewaan kaum adam mempunyai 9 fikiran...

Read more...

Isnin, 14 Februari 2011

VALENTINE vs MAULIDUR RASUL

 ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA

Kali ini Comel nk tulis pasal Valentine's day dan jgk maulidur rasul...emmm...kwn2 tentu tahu kan ape 2 Valentine's day dan jgk ape hukumnye klau kita sambut sekiranya kita seorg muslim??Comel pasti, tentu msih  ramai lgi  yg menyambut Valentine's days wpun tahu hukum dan juga cerita disebalik Valentines ini..

Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. 

Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. 

Oleh itu adalah  begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.

Jom baca kisah disebalik Valentine's day ini supaya kita sentiasa ingat dan menjadi panduan buat kita utk msa hadapan,. Dan  ini bukan Comel yg taip tp sangat baik untuk kita baca untuk menambahkan pengetahuan..

Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak.

Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing.

Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

    Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara.

Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.



                                                                 MAULIDUR RASUL


ehmmm...apa plak MAULIDUR RASUL tue?

      MAULIDUR RASUL (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh ALLAH S.W.T Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

        Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan NABI MUHAMMAD S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh ALLAH S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

         Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan NABI MUHAMMAD S.A.W kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

        Jelas kepada kita bahawa pembalasan ALLAH S.W.T terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah ALLAH S.W.T akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang ALLAH S.W.T

      Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

p/s: petikan ttg maulidur rasul ini diambil di WIKIPEDIA
Read more...

Sabtu, 12 Februari 2011

WHEN YOU THINK YOU FAIL



When you think you fail, Remember this,
Failing doesnt mean I'm a failure, it just mean I haven't yet suceeded
Failing doesn't mean, I've accomplished nothing, it just mean I've learned something
Failing doesn't mean I've been fool, it just mean I dare to try
Failing doesn't mean I dont have what it takes, it just mean I must do thing differently next time
Failing doesn't mean I'm inferior, it just mean I'm not perfect
Failing doesn't mean I'll never make it, it just mean I need more patient
Failing doesnt mean I'm wrong, it just mean I must find a BETTER WAY.....
STILL
.....ALLAH KNOWs What's the Best For Us.....

Read more...

Selasa, 1 Februari 2011

HEPI HOLIDAY AND HEPI CHINESE NEW YEAR

niela beg comel bawa blik..bsr ke?
assalammualaikum korg...mlm nie comel nk blik dahh tp bkn blik sarawak la..huhuhu..ok2,mlm nie comel nk blik umah kwn kt JB..jauhnyer comel pg kli nie..nk tgok tmpt org la katakan...td penat dh packing brg,.byk ker brg comel nie yea..tkut plak bas xlarat bwak...huhuhu..pkir psl bas nie sbenarnye comel tkut nk naik bas lgi2 la waktu malam2 nie..harap2 kmi sume sampaila kt destinasi msg2 nnti...bas mlm nie bertolak kol 8 mlm..btul ke pkul 8 mlm ye..setidak2nya pkul 8.30 mlm bru berangkat kan..ermmm...kali nie comel nk wish la kt kekawan chinese comel hepi chinese new year,gong xi fa chai..cuti2 nie pun kene la ingat blajaq kan..byk assgmnt sdg mnggu utk dibuat nieee..sabar ye oh assgmnt ku..,k.la kwn2 sume..setakat nie dlu coretan comel kli nie..nnti blik dr JB comel kasi korg crite lain..ok..c u next time <3

Read more...